Para artis mula sokong Tun M walaupun berdepan tindakan dari pihak penyiaran
-
alphaC
- 04-24
Sekeping gambar yang memaparkan sekumpulan artis mengadakan lawatan dan pertemuan dengan YABhg Tun Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Purtajaya tersebar di media sosial.Artis yang dikesan di dalam gambar tersebut ialah Zain Saidin, Che Ta, Wak Doyok, dan ramai lagi.Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bilakah gambar tersebut dirakamkan dan apakah tujuan perjumpaan tersebut.
Sementara Rozita, juga dikenali sebagai Che Ta, turut memuat naik gambar yang sama dengan kata-kata: “Tun tidak keseorangan.. kami sentiasa teguh di belakang….
“Tapi kami ni org marhein sapa nk dengaq soqa kami,” katanya dalam loghat Utara, membawa maksud, ‘kami warga marhaen, siapa hendak dengar suara kami.”
Pengguna Instagram dan peminat serta pengikut mereka ramai yang melontarkan komen menyokong.
Antaranya, pengguna dengan nama “azlanazizlegacy” yang memuat naik komen di Instagram Siti, menulis: “Rakyat bersama Tun…Dulu, kini & selamanya, we love Tun M!!!”, “herwinamuzriq” yang menulis: “I love Tun M”, serta “yusofzaim” yang memuat naik komen: “Tun M perwira org Melayu.”
Antara komen yang dapat dilihat terhadap status Che Ta yang menerima 10,359 “likes” itu termasuk daripada “fatinslittlekitchen” yang berkata: “Well said *rozitachewan1…sapa nak dengaq sora kami ni..cakap sikit teruih kena akta hasutan…mana perginya negara DEMOKRASI yg bermaksud ‘DIPERINTAH OLEH RAKYAT’? Haih..”
“Hanumjabar” melalui komennya turut berkata: “We will always be behind Tun. He is trying to save the country from being robbed by greedy politicians”.
Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam satu wawancara meyakinkan Dr Mahathir beliau tidak keseorangan dalam mempersoalkan kecelaruan pentadbiran Najib kerana katanya, majoriti senyap rakyat tetap bersama bekas perdana menteri itu.
Bekas naib presiden Umno itu, yang kini ahli PAS, berkata banyak persoalan yang masih gagal dijawab Najib walaupun kesemua sayap parti Melayu itu menyatakan sokongan kepada pucuk pimpinan.
“Dr Mahathir bukan sendirian. Majoriti besar mengikuti, dan apa yang ditanya Dr Mahathir belum dijawab, malah perdana menteri mencari penyokong untuk menunjukkan kekuatannya.
“Tak ada apa yang nak disorakkan sebenarnya. Saya rasa majoriti senyap ini memerhati dan mereka mendengar apa yang disuarakan Dr Mahathir,” kata Muhammad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider.
Dr Mahathir pada Isnin, menerusi tulisan bertajuk “Soal Tak Jawab” mengakui dirinya bersendirian dalam mengkritik pentadbiran Najib khususnya dalam isu 1MDB.
“Hakikatnya wang 1MDB ada di mana masih tidak dijawab, kata Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik,” katanya menerusi blognya, chedet.cc
Dr Mahathir dilihat berterusan mengkritik pentadbiran Najib serta mempersoalkan tadbir urus kerajaan termasuk menyentuh isu membabitkan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang itu dan isu pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Susulan kritikannya, pemimpin Umno dari semua peringkat menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Najib.
Selain pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN), sayap Pemuda dan Puteri Umno, serta bekas penjawat awam kanan kerajaan menyatakan pendirian mereka secara terbuka menyokong pentadbiran Najib. Read more source The Malaysian Insider
相關文章
- 相關關鍵字: