1. 聊話題
  2. 生活時事
  3. 國際新聞

SECTIONS ANAK SIRUL AZHAR UGUT RAHSIA PEMBUNUHAN ALTANTUYA?

  • alphaC

  • 06-15

Malaysiakini yang bercanggah laporan Berita Harian bahawa sumber Wisma Putra mengatakan Sirul sudah dibebaskan dengan bersyarat oleh imigresen Australia. – Gambar Greenboc Blogspot

Manakala di Malaysia laman sosialnya membincangkan kesahihan dakwaan individu mengaku anak Sirul Azhar di Facebook dengan nama samaran Shuk SZ. SZ mungkin singkatan bagi nama Sirul Azhar membuat pengakuan kononnya akan mendedahkan motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Anak Sirul Azhar Umar Australia

Baca dua ulasan dari blogger pro PR dan BN di bawah:

Memang pelik bila difikirkan seorang polis boleh membunuh seorang model tanpa tujuan. Kes misteri yang berprofil tinggi ini menjadi semakin hangat apabila anak Sirul Azhar memberi komen di facebook.

Dia menggunakan nama Shuk SZ. SZ mungkin singkatan bagi nama Sirul Azhar. Dia yang berada di Australia mungkin tak tahan dengan komen-komen mengkritik bapanya, Sirul Azhar Umar, anak kepada Sirul tampil memberikan ulasan di laman facebook berkaitan kes tersebut.

Korang baca dulu komen-komen anak Sirul di bawah neh kejap.

anak sirul azhar umar

anak sirul azhar

anak sirul

Dikemaskini: Portal berita ABC mengesahkan Sirul bersama anak lelakinya berusia 19 tahun sebelum ditahan [BACA]

Terkini Azilah Hadri pembunuh Altantuya juga akan memohon pengampunan secepat mungkin lapor portal berita The Malaysian Insider

Oleh Ameno World:

Hasil semakan aku, facebooker yang bernama Shuk Sz baru berusia 19 tahun. Anak lelaki kepada Sirul Azhar Umar dan juga berada di luar negara. Bila tengok gambar2 kereta yang dia upload (mungkin pengemar kereta agaknya), nampak orang2 sekeliling tue mat saleh. Mungkin berada di Australia bersama2 bapanya.

Dan aku tertanya-tanya.

Tadi di Awani, Sirul dikatakan telah ditahan oleh pihak imigresen Australia dan telah menghubungi peguamnya memaklumkan perkembangan yang terkini itu dan juga meminta agar para peguamnya mengambil apa sahaja tindakan untuk memastikan dia tidak ditahan oleh pihak penguatkuasa kerajaan Malaysia.

Manakala di TMI pula melaporkan bahawa peguamnya gagal menghubungi Sirul Azhar Umar.

Aik.

Percanggahan maklumat. Ini mengelirukan.

Nampak macam remeh tetapi percayalah jika Sirul kejap ada kejap tak boleh dihubungi ia bukan sesuatu yang remeh la. Otak Prison Break aku berkata-kata ada sesuatu yang tak kena disitu.

Sumber Amenoworld blog pro PR

Sumber Buletin Sengal blog pro BN memberi laporan berlainan di bawah:

Bagaikan mendapat satu ‘kekuatan’, blogger pro Pakatan Rakyat sedang menviralkan sesuatu yang secara jelas sebenarnya menunjukkan kecetekan akal fikiran mereka dan sikap terburu-buru mereka untuk melakukan penipuan.anak sirul altantuya

Bermula dua hari sudah, satu akaun Facebook atas nama Shuk Sz mulai muncul dan diperkatakan apabila salah satu kenyataannya ialah, DIA ADALAH ANAK Koperal Sirul Azhar yang telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan membunuh warganegara Mongolia, Altantuya Shiiribu.

Agak menarik juga kerana, daripada kenyataan yang dikeluarkan itu, ‘budak’ berusia 16 tahun itu tahu serba-serbi tentang perjalanan kes, tetapi tidak ada satu pun kenyataan atau keterangan ketika proses perbicaraan pun melibatkannya mahupun dipanggil untuk menjadi saksi oleh pihak peguambela yang diupah oleh pesalah.

Malah dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan juga, kenyataan bahawa ‘ada isu yang kalau dibongkarkan boleh menjahanamkan Malaysia’, juga langsung tidak disebut.

Dan lebih menarik lagi ialah, anak Sirul yang berusia 16 tahun itu dijaga oleh neneknya!

Dikemaskini: Portal berita ABC mengesahkan Sirul bersama anak lelakinya berusia 19 tahun sebelum ditahan [BACA]

參考來源

相關文章

  • 相關關鍵字:

精彩好文

其他文章